إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (1)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bila aku baca hadis2 nabi,firman Allah tentang lailatul qadr mahupun ramadhan,hati aku sedih,Ya Allah, berikanlah kepada kami kenikmatan dalam menjalankan ibadah di bulan yang penuh barakah ini..Kurniakanlah kepada kami Halawatul Iman dan kekhusyukan dalam menjalankan ibadah trhadapMu dengan penuh keikhlasan..makin aku fikir makin sayu hati ni..

Nak ditambahkan cerita lagi banyak ujian yang telah aku lalui di bulan ramadhan ini..antaranya cuti sem ni aku terpaksa stay di universiti walaupun orang lain enak2 je bercuti dengan family masing2..puasa di U aku yang tak ade manusia melainkan student arkitek je..teringat pulak ak best giler terawih kat masjid kat rumah aku tu..tiap2 kali ramadhan mesti panggil Imam dari Arab,Indon,Thailand dan mane2 je lar tapi yang penting bacaannya...!~ FUHH..!~Power babe..!~Insaf aku dengar bacaan Imam2 tu..sampai sebak terasa dalam dada..Namun begitu,tahun ini terpaksa la pulak aku berpuasa di U aku..Sbar je lar..aku redha..hampir setiap malam aku stay kat u sbb nak buat model 3mx3mx3m..~nak cerita model aku lebih2 kat sini tak boleh lar.. tak surprise la nanti..hmm..Biarlah RAHASIA...!~hahahaha
Yang tragisnya, pada satu petang tu,lepas abis buat model yang besar gedabak tu,aku dengan member ak decide nak singgah bazar sbb malas nak masak atau pergi restoran..ye lar..masa tu dah nak dekat time berbuka,nak cepat punya pasal singgah lar bazar..kamera aku dengan laptop member aku diletak dalam bonet kereta..ye la,kamera aku tu tak kan lar nak dibawak,risau pulak aku,takot diragut orang...kat bazar tu terus beli nasik ambeng dua dengan air dua cawan,lepas tu,trus blah..start kereta terus sampai kolej..sampai kolej tu,terus ak bukak bonet,,TUP2..!!!!KAMERA NGN LAPTOP kitorang takde dalam bonet???APE KES??!~
Aku pandang member aku,member aku pandang aku balik....???????What's going on??Ummi...~where's my camera?!..Ape lagi,terus aku membongkok kat belakang kereta tu jugak..COMPEM!kamera ngan laptop kitorang hilang kat bazar tadi..terus aku nangis bila da telan realiti itu..huuuuu~kawan aku pulak masih lagi buat muka blur dia tu..lantak kau lar..aku nak nangis..~huhuhuhu~memang sah2 kena curi..compem kereta aku kene umpil ngan pencuri bajang tu..bajang punye orang..!~Ya Allah,dalam hati ni Allah je yang tahu..mak bapak aku kerja susah2 kumpul duit nak beli kamera tu,tapi dengan tragisnya hilang macam tu je..Aku tabahkan hati,kuatkan semangat..aku ngan member aku tupergi balai polis,buat report..mula2 masuk balai buat report kat kaunter,lepas tu bayar 2 ringgit untuk buat statement..2 Ringgit buat statement?Haiii..dah lar kamera ngan laptop kitorang lesap dek pencurik,duit kitorang pun nak ditibai lagi?hmm..aku ngan member aku ni ditabahkan jugak hati ni..dah lar bukak puasa dengan air je..Dalam hati aku yakinkan jugak yang semua yang berlaku ni ada hikmahnya..report yang dibuat makin berlarutan,perut kitorang dah menyanyi-nyanyi..nasib baik lar ada sorang polis tu baik hati,dia bagi kitorang tumpang makan kat dalam pejabat dia..dah lar makan kat atas lantai je...sedih kan??tapi kitorang tak nangis..makan je dengan penuh nikmat,,tu pun bersyukur dapat makan walaupun hilang kamera ngan laptop..huk3
Hampir pukul 11.30,kitorang balik kolej sebab nak parking kereta aku belakang kereta member aku..ini semua gara2 pencuri tu lar..dia amik kunci kereta kawan aku..so,terpaksa lar guna kereta aku untuk sekat belakang kereta kawan aku..kereta aku parking rapat2 dengan kereta member aku tu,risau kalau2 pencurik tu datang start kereta,mau lesap lar kereta member aku tu..masa nak keluar kolej tu sarjan tu perasan yang pak guard tak ada..membebel gak r polis tu..padahal sebelum aku ngan member aku keluar kitorang dah pesan dekat pak guard tu suruh tolong tengok2 kan kereta member aku tu sebab kuncinya dicurik orang..dekat2 pukul 12mlm,lepas pergi tempat kejadian, member aku minta tolong sarjan polis tu pergi U kitorang sebab nak minta clammed tayar kereta dengan pak guard U(kunci kete member aku kene ambik dek pencuri jugak)..tapi gagal sebab pak guard kata hal ni kena deal dengan bahagian keselamatan U..malam2 camni pejabat Bahagian Keselamatan dah tutup katanya..Pak guard U tanya kenapa tak deal dengan pak guard kolej?polis tu pun cakap pak guard kolej tak ada..apa lagi,Pak guard U pun contact r pak guard kolej tu..tanya pak guard kolej tu pergi mana..lepas tu aku member aku ngan polis tu terus balik kolej...sampai kolej,aku ngan member aku terus masuk rumah,terbaring keletihan..ye lar,satu malam duk ulang alik semata2 nak buat report..letih la nyah~ Tetiba,BANG..!BANG...!BANG...!~ Bunyi orang ketuk pintu..macam nak pecah pintu rumah aku diketuknya...eeeii..seram~Bila kitorang bukak pintu,2 pak guard terjojol depan muka pintu,marah2 kitprang...katanya..
"Asal korang bawak polis pergi U..??Asal korang cakap pakcik tak ada dekat pondok?Korang ni tahun berapa??"
Aku ngan member aku punjawab r "tahun 1 pakcik.."
ade ke pakcik tu tuduh kitorang nak report dia tak buat kerja?katanya kitorang ni biadap,baru tahun 1 dah tunjuk perangai...Ya Allah pakcik..kitorang tak ada niat pun nak report pakcik..kitorang dari tempat kejadian,compem2 lar polis tu ada skali...tak terdetik langsung di hati ni nak report pakcik...hmmm.. lebih kurang macam tu lar situasinya...tapi sebab aku dah malas nak cerita panjang2 aku cerita simple2 je..lepas mintak maaf ngan pakcik tu..aku ngan member aku terus tutup pintu rumah..ape lagi meraung2 aku ngan member aku nagis..ye lar, manekan tidak, dah lar kereta kena pecah,laptop hilang,kamera hilang,tiba2 kena marah dengan pak guard pulak..malam tu aku dengan member aku nangis sekuat hati sampai bengkak2 mata ni..cerita ni akan aku ingat sampai bila2..Di Bulan Ramadhan yang mulia ni macam2 benda yang jadi kat aku..malam tu aku tidur dengan air mata meleleh-leleh..umi abah pun tak ada..lagi lar sedih...
Ni la kamera aku yang hilang tu
Tapi,jauh di sudut hati aku ni,aku dapat rasakn Allah nak tunjukkan sesuatu untuk aku..mungkin ada hikmahnya semua benda ni jadik..Aku yakin ini adalah ujian untuk aku..ujian di bulan Ramadhan yang penuh tragis...mungkin ada insan lain yang lebih teruk ujiannya dari aku...InsyaAllah akan aku jadikan kisah ini sebagai i'tibar bagi diriku dalam mengabdikan diri kepadaMU Ya Allah...hmmmm..InsyaAllah...~
Ada banyak lagi yang berlaku,namun, untuk menutup keaiban banyak pihak, terpaksalah aku cerita sikit2 je..Untuk kalian di luar sana,aku doakan yang terbaik untuk korang..Dan walau apa pun yang terjadi,ingatlah mungkin ada insan lain yang lebih teruk ujiannya..Jadikan setiap musibah itu sebagai i'tibar buat kalian..bukannya menjadikan musibah itu sebagai alasan untuk kalian gagal..Allah sentiasa ada untuk kita..jangan la sebab satu masalah kecik korang dah nak mental.nak frustrated, rasa down nak mati..Kuatkan hati..tawakal kepada Allah,InsyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya...
Therefore, di bulan ramadhan al-mubarak ni, marilah kita sama2 mendekatkan diri kepadaNya,run for Lailatul Qadr,,dirikan qiam,banyakkan berdoa,brtahajud..muhasabah diri...Mungkin ni Ramadhan kita yang terakir..manalah tauuu..kan??Oleh itu,,yang tua mahupun yang muda jom kita sama2 mengejar malam seribu bulan.moga2 hidup kite ade barakahNya...AMIEEEN...!~