Cinta?Pandangan anda?Macam mana nak bercinta?Couple or kahwin?couple atau kahwin terus?Hmmm...couple dulu la baru seronok..boleh test-test..baru la seronok..Masa ni lar nak pegang-pegang tangan, You pandang mata I, I pandang mata You.. you kenyit-kenyit mata, I bagi flying kiss..!!kan..??Itu lar..best kan couple??
Yang aku nak kongsi dengan korang semua malam ni bukan pasal couple or kahwin tapi nak cerita pasal cinta.Semua orang pasti ada insan yang pernah diminati atau disayangi.Tapi ini tak bermakna matlamat ini dihalalkan bagi pasangan yang bukan muhrim..Semua orang tahu, jodoh pertemuan dan mati adalah ketentuan Allah.Memang benar cinta itu anugerah Allah namun ada caranya untuk menikmati keikhlasan dan ketulusan cinta yang diberkati Allah SWT.Cinta itu fitrah Allah,lelaki ada nafsu nya sendiri terhadap perempuan dan perempuan juga ada nafsunya sendiri terhadap lelaki terutamanya bila mata bertentang mata sama ada secara sengaja atau tak sengaja.Sebab itu la kita kena jaga hati dan iman kita untuk kawal nafsu kita. Bila cintakan seseorang seharusnya menyintai orang itu kerana Allah.
"Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku"
(Hadis Qudsi)
"Hai sekalian manusia , berdakwah lah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya dan dari keduanya dikembangkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang ramai dan bertakwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahim.Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu"
( Surah An-Nisa : 1)
Anda siapa kata couple halal dan pada masa yang sama juga siapa cakap couple haram. Hukumnya bukan jatuh pada couple tapi pada perbutan couple itu sendiri.Kalau pegang-pegang tangan, peluk-peluk yang bukan muhrim mesti la jadi haram..kan??Tapi kenapa mesti bercinta tanpa hubungan yang sah?Nanti kahwin kan boleh..Nak nikah khitbah pun boleh ape..Lagi senang, boleh bercinta cara halal.Tapi kalau tak ready nak kahwin, senang cerita baik tak payah couple.Jodoh memang tak akan datang bergolek, kalau tak sabar sangat, cari calon, guna orang tengah, mitak dengan mak bapak dia.Oleh itu, kesimpulannya, cinta itu memang indah hanya kalau ianya HALAL~kalau HARAM, tak ada indahnya..Makin hari makin banyak dosa.So, tak payah risau, setiap orang akan ada jodoh dan matinya.Tunggu masa je..